Sunday, 4 May 2014

WIRA MALAM

RM33 SEMENANJUNG MALAYSIA
   RM39 SABAH/SARAWAK 
   FREE POSTAGE!!!!


                                 

WIRA MALAM


Wira Malam merupakan 100% persedian herba yang bermutu tinggi bagi membantu mengatasi masalah kesuburan di samping meningkatkan tahap kecergasan dan tenaga seksual para suami.

KHASIAT WIRA MALAM

  • Meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan
  • Meningkatkan penghasilan hormon testosteron
  • Meningkatkan keinginan dan fungsi seksual lelaki
  • Mengatasi masalah kesuburan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menguatkan daya ketahanan tubuh
  • Mengurangkan risiko kanser prostat
  • Memelihara sistem saraf dan kardiovaskular
  • Menyegarkan tubuh badan

KANDUNGAN WIRA MALAM

Butea Superba (Kwao Krua Dang): Herba yang berasal dari Thailand mampu memelihara sistem kardiovaskular dan prostat di samping membantu mengatasi masalah kesuburan dan gangguan ereksi, meningkatkan kuantiti sperma yang berkualiti serta meningkatkan fungsi dan keinginan seksual. Ia juga mengandungi flavonoid dan sterol yang bersifat antioksidan bagi mencegah radang dan kerosakan sel, manakala kandungan stigmasterol membantu mengurangkan kadar kolestrol.
Tongkat Ali: Tongkat Ali mengandungi sebatian aktif seperti eurikomanon, eurikomalakton dan eurikomanol yang berupaya meningkatkan hormon testosteron sekaligus menggalakkan fungsi seksual kaum lelaki di samping menjana penghasilan tisu testis dan prostat yang sihat, mengukuhkan tulang dan otot serta meningkatkan tahap tenaga fizikal. Herba ini juga adalah agen anti-oksida yang berfungsi mencegah kerosakan sel dan mengurangkan risiko kanser selain berperanan membakar lemak, melambatkan proses penuaan serta mengawal tahap tekanan darah.
Ginseng: Herba yang mengandungi phytonutrien ini bersifat antioksidan yang berupaya menyahtoksin, mencegah kerosakan sel di samping membantu melancarkan sistem pencernaan, merawat gangguan pernafasan, mencegah serangan kanser, meningkatkan tahap tenaga fizikal dan seksual di samping mengurangkan kadar kolestrol dan melancarkan peredaran darah.
Saw Palmetto: Ekstrak tumbuhan yang bersifat antiseptik ini sebenarnya sarat dengan asid lemak dan phytosterol yang mampu mengurangkan kolestrol LDL iaitu kolestrol yang jahat sementara mengekalkan kolestrol baik ataupun HDL, sekaligus melancarkan peredaran darah dan memelihara kesihatan jantung. Ia turut digunapakai sebagai penawar terhadap masalah dalam sistem pencernaan dan pembiakan di samping membantu merawat pembesaran kelenjar prostat dan menggalakkan pertumbuhan otot.
Ashwagandha (Withania Somnifera): Herba yang turut dipanggil ginseng India ini sering digunakan dalam perubatan tradisional bagi menguatkan otot dan tulang, mengatasi keletihan, membekalkan tenaga fizikal dan menta, meningkatkan sistem imunisasi, serta mengatasi masalah tidur. Ginseng India juga berupaya meredakan tekanan, menstabilkan tekanan darah, memelihara jantung, mengatasi masalah kesuburan di samping menggalakkan fungsi dan keinginan seksual dan menjana penghasilan sperma yang berkualiti.
Beri Goji: Goji kaya dengan vitamin B1 (Thiamin) dan kalsium yang berupaya meningkatkan tahap tenaga dan mengurangkan lemak berlebihan dalam tubuh, manakala asid Amino L-glutamine dapat meningkatkan penghasilan tisu otot tanpa lemak. Goji juga mengandungi mineral seperti zat besi, magnesium, fosforus, kalium, selenium, natrium dan zink yang penting untuk metabolisme tubuh di samping menjana tenaga fizikal, memelihara sistem penghadaman, mengurangkan kekejangan dan keletihan otot.
Guarana: Berasal dari Amazon di Brazil, Guarana kaya dengan kandungan kafein bagi membantu menyegarkan tubuh badan. Guarana mengandungi lebih daripada 10 jenis asid amino, zat mineral dan vitamin B kompleks yang mampu memulihkan struktur sel dalam tubuh, memelihara kesihatan organ dalaman dan menentang proses penuaan. Selain itu, ia juga berupaya melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan, meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi membantu mencegah penyakit serta meningkatkan sistem metabolisme seterusnya menjana pembakaran lemak bagi membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
Horny Goat Weed (Epimedium): Epimedium sering digunakan bagi meningkatkan keinginan dan fungsi seksual di samping berupaya mengatasi keletihan, menjana keupayaan mental dan membantu memulihkan tekanan darah tinggi, penyakit jantung serta masalah di bahagian hati dan buah pinggang.
Kismis: Kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, zat besi, kalium, vitamin C dan B6, serta folat yang berupaya memelihara sistem saraf, menstabilkan tekanan darah serta membantu pembentukan kolagen di dalam tubuh. Selain membantu meningkatkan keupayaan mental, kismis juga berupaya menjana penyerapan zat besi ke dalam badan, membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal di samping membentuk sel darah merah yang amat penting bagi peredaran darah ke seluruh tubuh bagi menggalakkan fungsi organ.
Delima: Buah delima merupakan agen antioksida yang berfungsi menentang radikal bebas sekaligus membantu mencegah daripada kerosakan sel tubuh dan melambatkan proses penuaan. Selain berupaya memelihara kesihatan jantung dan melancarkan sistem pencernaan, buah delima turut mampu menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang sihat serta meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.
Habbatussauda: Habbatussauda terbukti mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh manusia. Ia mengandungi Nigellin, Sterols, minyak Volatile dan asid lemak yang membantu memelihara saluran pencernaan, menstabilkan kandungan kolestrol, merawat masalah pernafasan, dan memelihara kesihatan hati. Ramuan ini juga bertindak meningkatkan daya ketahanan tubuh, meningkatkan tahap stamina, serta berfungsi sebagai anti-oksida bagi mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan.
Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ia mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang berperanan memelihara kesihatan tulang dan gigi selain meningkatkan tahap metabolisme, menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf, serta menstabilkan tekanan darah. Selain berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit, madu turut bertindak sebagai agen antioksida dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka dan memelihara kesihatan kulit.

CARA PENGGUNAAN WIRA MALAM

  1. Ambil 1 sudu setiap pagi dan malam
  2. Gunakan sudu plastik sahaja
  3. Simpan di dalam peti sejuk selepas dibuka
  4. Amalkan minum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong setiap hari untuk hasil yang optima
  5. Jauhkan daripada kanak-kanak